My Blog List

Followers

As Raffali Shop

Blog Archive

Powered by Blogger.

Selamat Datang

Selamat Datang ke akademi fantasia

Friday, April 7, 2017

Nampak Profesional & Matang, Tips Penting Yang Tak Boleh Diendahkan Jika Mohon Kerja Guna E-Mail



Memohon untuk satu-satu jawatan kosong di mana-mana syarikat atau organisasi sudah tentu memerlukan kita untuk menghantar butiran peribadi, seperti resume, dan dokumen yang diperlukan. Jika dahulu, kebanyakan kerja kosong yang dipohon akan dihantar terus 'hard copy' kepada syarikat tersebut.

Kini, kita juga boleh memohon menerusi e-mail, yang mana lebih mudah, dan cepat.

Tapi, anda harus tahu, jika memohon jawatan kosong menerusi e-mail, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil berat, supaya permohonan tersebut lebih sempurna, dan nampak profesional.

Menerusi perkongsian dari pengguna Twitter, @myjoe_ telah kongsikan tip-tip memohon kerja menggunakan e-mail, yang berdasarkan pengalamannya sendiri.

Mari kita ikuti siri Tweet darinya.


Pertama sekali, kena pastikan yang anda gunakan 'e-mail address' dengan nama yang profesional, dan isikan subject/tajuk yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon. 

Jangan sama sekali, hantar e-mail kepada beberapa 'company' pada satu-satu masa.


Untuk isi kandungan dalam e-mail, jangan dibiarkan kosong, isi apa yang patut, seperti yang dikongsikan @myjoe_ ini.


Font yang digunakan mesti sama, dan mudah dibaca, tidak perlu terlalu 'fancy'.


'Attachments' jangan dilupa, sertakan CV/resume, juga cover letter. Jika diminta, baru beri sijil-sijil yang diperlukan. Yang penting, 'save' dalam format PDF sahaja, tidak dalam format Word, atau lain-lain.


Gunakan 'handphone' hantar e-mail, pastikan ayat yang tidak diperlukan pada hujung email dipadam, ia boleh memberi kesan kepada permohonan juga.


@myjoe_ turut mendoakan yang terbaik buat mereka yang memohon kerja, lebih-lebih lagi buat pertama kali. Disertakan juga, contoh resume e-mail yang baik, untuk dijadikan rujukan buat semua.


Mungkin kita boleh semak semula, sama ada cara kita menghantar permohonan kerja melalui e-mail selama ini adalah betul atau tidak. Boleh buat penambahbaikan supaya lebih profesional.

0 comments:

Post a Comment