My Blog List

Followers

As Raffali Shop

Blog Archive

Powered by Blogger.

Selamat Datang

Selamat Datang ke akademi fantasia

Monday, April 10, 2017



Setiap kanak-kanak mempunyai pemikiran, juga ciri yang berbeza, walaupun umur mereka sama. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, yang mana ada di antaranya boleh dilihat melalui perbezaan fizikal mereka.

Anak-anak istimewa ini adalah unik, dan mereka perlukan rakan yang memahami diri mereka, supaya mereka dapat kongsikan apa yang mereka lihat sekeliling.

Begitu juga bagi anak-anak yang menghidap autism, ada ketikanya tidak tahu bagaimana untuk berkawan, dan disebabkan itu, mereka sering berada dalam dunia sendiri. Mari kita kenali anak-anak istimewa ini.


Kenali Autism

Bukan itu sahaja, melalui video dari Amazing Things Happen ini, kita boleh mengetahui mengapa kanak-kanak yang mempunyai autism ini berkelakuan lain dari biasa, supaya anak-anak lain boleh menerima, dan memahami mereka.

Terdapat perbezaan yang mudah untuk dilihat, seperti ketinggian, atau warna mata. Ada juga perbezaan yang tidak boleh dilihat menerusi pandangan mata, seperti fobia, makanan kegemaran, atau kemahiran. 

Apa yang menariknya setiap dari kita mempunyai pemikiran yang berbeza, kerana melalui gambar ini, ada yang menyangkakan ianya seekor itik, ada juga yang berfikir ia adalah arnab.


Ini untuk membuktikan yang otak berfikir secara berbeza

Bagi mereka yang menghidap austism, ada perkara yang dilihat sukar oleh orang normal, tetapi mudah bagi mereka untuk melakukannya, seperti matematik, melukis, atau muzik.

Boleh juga terjadi sebaliknya, yang mana aktiviti bagi mereka yang normal, kelihatan sukar bagi autism, seperti berkawan.

Kebanyakan dari autism, tidak tahu bagaimana untuk ekspresikan apa yang dirasa, walaupun fikiran mereka sedang bercelaru, dan disebabkan itu, mereka akan kelihatan 'okay' bagi pandangan kita. 

Selain itu, bagi kita yang normal, untuk menenangkan diri kita mungkin akan melakukan sesuatu perkara, seperti menggigit kuku, mengetap bibir, atau tidak bertentang mata dengan orang sekeliling.

Begitu juga mereka yang autism, yang mana mereka ada cara tersendiri untuk menangani tekanan. Apa yang dilakukan oleh mereka mungkin kelihatan agak berbeza, tapi itu adalah cara mereka untuk rasa tenang.

Jika perkara sebegitu berlaku, itu menunjukkan mereka sedang mengalami hari yang sukar.


Mereka yang menghidap austism, memerlukan rakan yang sanggup menghabiskan masa untuk mengenali mereka. Melalui komunikasi yang baik, dan kesabaran, tindakan sebegini amat membantu.

Mereka yang istimewa ini, bukanlah sakit, atau 'rosak', mereka hanya ada pandangan yang unik terhadap dunia. Jadi dengan sokongan dari kawan, atau orang sekeliling amat diperlukan oleh mereka, kerana mereka mungkin boleh kongsikan pandangan tersebut dengan kita.

Mari kita lihat video ini, berkaitan dengan autisme, untuk lebih memahami mereka.

0 comments:

Post a Comment