My Blog List

Followers

As Raffali Shop

Blog Archive

Powered by Blogger.

Selamat Datang

Selamat Datang ke akademi fantasia

Saturday, August 27, 2016

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku Episode 5 6 7 8 9 Online fazlyn ridz jual sinopsis buku harga review baca melayu malaysia drama episod bab





Episod 1
Tengku Raden Emranuddin @ Tengku Emran baru dilantik menjadi CEO baru di Semarak Holding. Tengku Edrina terkejut dengan kehadiran Tengku Emrann. Tengku Edrina sengaja menjauhkan diri dengan Tengku Emran. Tetapi tidak pada Tengku Emran sengaja membawa dirinya dekat pada Tengku Edrina. Hingga Tengku Emran sanggup perpakat dengan driver Tengku Edrina. Tengku Emran terus memujuk hati isterinya yang sudah lama ditinggalkan. Terlalu banyak kenangan bersama yang sukar dilupakan.Tengku Edrina kecewa dengan apa yang terjadi. Kesal mengapa semua ini perlu dia lalui seorang diri. Semuanya bermula dari kisah pertemuan Tengku Emran @ Kudin. Kudin seorang budak kampung mengusahakan perusahaan ikan keli , mana kala Tengku Edrina hidup dilimpahi kemewahan tanpa batasan.

Episod 2
Tengku Edrina suka menghabiskan duit dengan bershopping dan melancong. Tengku Edrina tidak pernah mengambil tahu hal syarikat. Ini yang memeningkan kepala Tengku Ehsan , anak gadisnya enggan mengambil alih hal syarikat. Atas desakan Tengku Zainab , Tengku Ehsan terpaksa mencari Tengku Emran. Tengku Zainab memegang amanah arwah suaminya agar menjodohkan Erdina dengan Tengku Emran. Yang merunsingkan mampukah Tengku Emran menerima Erdina yang dilayan bagai puteri. Kudin gembira dengan hidupanya sekarang disamping mak kunah ( mak angkat ). Mak kunah tidak pernah dilayan seperti orang lain. Pada Kudin Mak kunah adalah segalanya. Di kampung Kudin , Kudin selalu bimbang pada sikap Wak sukiman yang selalu manganggap kolam ikan seperti miliknya. Hasil kolam diambil sesuka . Lisa seorang gadis yang cantik selalu memandang rendah pada Kudin. Lisa juga merupakan anak kepada Wak sukiman. Tengku Ehsan mengambil keputusan untuk kekampung Tengku Emran untuk berbincang mengenai syarikat dan amanat arwah ayahandanya. Edrina dipaksa ikut bersama. Dikampung bermulalah pertemuan mereka.

Episod 3
Dalam mencari udara luar , edrina terkejut dengan kehadiran Kudin lalu jatuh ke dalam takungan kumbahan. Ini meriuhkan keadaan bila Edrina menjerit tidak puas hati. Lisa membawa teman lelaki merangkap bos ditempat kerja. Wak sukiman gembira bila Lisa pandai memikat lelaki kaya. Wak sukiman membawa Gibriel ke kawan kolam ikan dan menyatakan kolam ikan itu miliknya. Kudin hanya sekadar mendengar. Lisa sangat berbangga memilih Gibriel sebangai kekasihnya. Lisa juga sengaja menunjuk-nunjuk yang dia mempunyai kekasih yang kaya tidak seperti Kudin. Kehadiran Keluarga Tengku Ehsan memeranjatkan Kudin. Pada Kudin kehidupannya adalah dikampung. Tengku Ehsan menyampaikan hasrat mengapa dia bertemu Kudin tetapi dipandang sepi. Kudin tidak memberi jawapan apa-apa. Mak Kunah mengajak Kudin ke Kuala Lumpur untuk menziarahi nenda ( Tengku Zainab ). Kedatangan Kudin mengejutkan Edrina.

Episod 4
Di Kuala Lumpur , Tengku Ehsan memunjukan Semarak Holding pada Kudin , Walaupun Kudin berat hati untuk memberi keputusan untuk menerima cadangan Tengku Ehsan. Disini nenda memainkan peranan untuk menyuruh Kudin menerima tawaran untuk berkerja di Semarak Holding tetapi jawapan tetap sama. Kudin dengan pendiriannya untuk tidak menerima tawaran berkerja di semarak Holding. Kudin lebih senang mengusahakan perniagaan sendiri. Oleh kerana Edrina dan Kudin enggan berkerja di semarak Holding Nenda memaksa mereka berkahwin untuk mendapatkan generasi baru yang akan mewarisi Semarak Holding. Jika Edrina enggan semua alaun akan dihentikan. Edrina terpaksa akur dengan syarat Kudin pun bersetuju untuk berkahwin dengannya. Mak kunah memainkan agar Kudin bersetuju untuk berkahwin dengan Edrina. Edrina terkejut dan tidak menyangka Kudin bersetuju untuk berkahwin dengannya.

Episod 5
Rombongan datang merisik dari keluarga kudin bertukar menjadi majlis bertunang. Edrian mengenakan hantaran yang tinggi. Mak Kunah terima tetapi bersyarat. Selepas berkahwin Edrina terpaksa duduk dirumah peninggalan nenek Kudin di kampung. Segala persiapan dilakukan oleh keluarga Edrina. Lisa terkejut bila mendengar Kudin akan berkahwin. Lisa tidak menyangka lelaki seperti Kudin ada perempuan suka. Gibrael mengajak Lisa ke majlis perkahwinan kawannya. Lisa yang terkejut pengantin lelaki itu adalah Kudin. Semua ahli keluarga gembira bila semua majlis perkahwinan Edrina dan Kudin selesai.

Episod 6
Ayahanda dan bonda Edrina mohan agar Edrina berubah. Selepas pergi ke majlis resepsi Edrina , Lisa rasa menyesal kerana tidakcuba mendapatkan Kudin. Lisa baru tahu Kudin dari keluarga orang kaya dan kerabat. Nama Tengku bukan pada nama tapi Tengku dari keturunan. Hubungan Lisa dan Gibrael semakin dingin. Badrul kesal pada papanya yang tidak pernah untuk bersetuju untuk meminang Edrina untuknya. Ini kerana papa Badrul tidak mahu menerima malu dengan sikap Badrul yang tak elok. Papa Edrina dan papa Badrul berkawan lama.  Majlis sambut menantu diadakan dikampung Kudin . Lisa sengaja mengambil kesempatan untuk bermesra dengan Kudin. Kehadiran Liasa diperhatikan oleh bonda Edrina tetapi Mak kunah cuba menjernihkan keadaan mengatakan lisa kawan Kudin dari kecil. Edrina susah untuk menerima keadaan untuk hidup dikampung. Perlahan lahan Kudin cuba memujuk isterinya. Seperti yang dijanjikan Kudin dan Edrina kerumah baru mereka iaitu rumah pusaka nenek Kudin di hujung kampung.

Episod 7
Alangkah terkejutnya Edrina melihat rumah yang bakal tinggal bersama en. suami. Edrina membayangkan dia akan tinggal seperti rumah nendanya di kuala Lumpur. Rumah peninggalan nenek Kudin banyak kekurangannya. Bilik air di luar rumah , mandi air perigi semua perkara yang sukar untuk diterima oleh Edrina. Kudin yang suka mengusik isterinya ini membuat rumah mereka akan menjadi riuh rendah. Rumah itu juga tidak mempunyai TV. Ini menambahkan kesunyian pada diri Edrina. Kerana kesunyian itu juga , Edrina berlajar membuat kerja - kerja rumah yang selama ini dilakukan oleh orang gaji. Kudin tahu kekurangan isterinya. Dia akan balik dan membawa makanan untuk Edrina. Hinggalah satu hari Kudin meninggalkan Edrina dirumah tanpa membawa makanan. Edrina merajuk panjang.




SINOPSIS NOVEL SI KOLOT SUAMIKU

ISBN No : 978-967-0657-11-0

JUMLAH MUKA SURAT : 693


BLURB :-

 

"Nama kau Kudin ya?"

"Apasal kau gelak?"

"Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!"

 

Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!

Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?


Harga Novel

RM25

belum termasuk postage

*​no.tracking akan diberi

 

Nak Order??

SMS/WHATSAPP:

0132117313


0 comments:

Post a Comment